My Blog List

Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain

UsTaZ FaEz

Blogger templates


ShoutMix chat widget

Blogroll


Menghitung Detik, Menginjak kpd Kematian...



Powered by Blogger.

Followers

PeNcArIaN....

Popular Posts

mister linkk

RSS

Thursday, September 2, 2010

MenItI HaRI-HaRi aKhIr rAmAdHaN...

Tatkala Hati Berbicara...
Salam Ramadan yg kian smpai ke penghujungnya..hmm, xterasa masa yg brlalu dgn begitu pntas....mgkin kerana aq bz dgn aktvti kmerdekaan sblum ni...apa2 pon, aq tetap brsyukur kerana diberi peluang untk mghadapi ramadhan kali ini....

Aq pd saat ni xtaw nak gambarkan perasaan hati. Honestly, terlalu bercampur aduk. Tapi ingat kembali mengapa aq mengalami perasaan ni, segalanya untuk aq kembali pada DIA kan. DIA sayang aq, DIA sayang kita semua, cuma lain orang lain cara DIA melampiaskan bentuk2 ujian. Aq perlu tabah mghadapi semua ini....

Dalam beberapa hari lagi Ramadhan yang mulia akan melabuhkan tirainya dan disusuli pula dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Hmm, terasa sayu untk mninggalkn buln yg mulia ini...aq sedar, ramadhan kali ini tidk sprti ramdhan2 sblumnya yg penah aq tempuhi....aq merasakn diriku lemah....lemah sngt2.....iman aq yg x mnentu..aq tidk seprti dlu lg...mengapa??! mengapa??!! adakh aq telah lari dr landasn -Mu ya Rab...ya Allah...tetapknlh imanku...

Apa aq merepek ni....

sbenarnya, aq sedih tatkala meniti hari-hari diakhir ramadhan ini...aq teringat luahan ustzahku mengenai ibadah songsang... taw dak apakah itu ibadah songsang?? ibadah songsang ini biasanya berlaku pd buln beribadah "Ramadhan".. Meh sini nak kongsi sesuatu...tahu x knapa ustazahku melabelkn ia sebagai ibadah songsang?trsenyum aq teringat kata2 ustazah...huhu...mgkin sbb aq pn begitu...sma2 lah kita baiki diri untk mndapt keredhaan-NYA...
ibadah songsang yg dimksudkn ialah...susah aq nk terangkn...hmm, biar aq beri contoh...

Renungkanlah ...

Dlm bnyk perkara, orang Melayu menganggap orang Arab tidak memberi contoh yang baik beramal dengan amalan Islam. Tetapi ketahuilah satu budaya turun menurun orang Arab, khasnya di Saudi dan Mesir, di mana mereka 'berpesta' / BERAYA sebulan Ramadhan. Sebaliknya mereka merayakan aidil fitri sehari dua sahaja. Dan tidak semeriah ketika menyambut Ramadhan. Emosi kegembiraan sudah sampai kemuncak pada akhir Ramadhan dan ada yang merasakan 1 syawal seperti hari biasa sahaja. Sebaliknya budaya orang Melayu pula sonsang / berlawanan dari budaya orang Arab ini !!

Berbanding dengan budaya positif orang Arab menyambut Ramadhan dan Aidil Fitri, kelihatannya adalah SUKAR untuk DI HAKIS dari minda orang Melayu yang tidak bersungguh sepanjang Ramadhan, sebaliknya bersungguh-sungguh untuk sambutan beraya di akhir Ramadhan dan kemuncaknya sebaik menjelang 1 syawal.

Orang Arab tidak perlu bazar Ramadhan yang melimpah ruah juadahnya, kerana budaya bersedekah berbuka di kalangan orang Arab. Ada yang berkata, orang Arab ini menjadi MANUSIA TERBAIK pada bulan puasa. Mereka membuka khemah untuk juadah percuma berbuka, orang Melayu buka khemah juga tetapi berniaga sakan untuk duit raya! Peniaga bazar kita, ada yang RM 3-4 ribu- mengumpul profit, mereka mengumpul profit pahala ( wang akhirat).


APA KEJADAHNYA SEMUA INI??!!!

Aq mempunyai seorg kwn yg bekrja sbg pmbantu rumah dan pernah berkerja dengan orang Arab di Saudi. Katanya sepanjang Ramadhan majikannya bersama keluarga dan kenalan rapat kurang tidur pada malam hari dan dia yang menyediakan teh Arab, mereka beribadah pada bulan mulia ini. Rumah mereka lebih terang benderang pada malam hari berbanding bulan lain. Orang kita terang dengan cahaya lampu televisyen dan lebih terang bercahaya pada malam raya .

Gedung-gedung perniagaan mereka yang perniaganya juga orang Arab tidak mendapat keuntungan besar menjelang aidil fitri, kerana bukan budaya mereka untuk membeli pakaian berhelai-helai, bertukar langsir atau perabut. Orang kita pula menambah kayakan bangsa bukan Melayu, iklan raya mereka sejak bulan syaaban lagi. Malah pada sepuluh malam terakhir orang kita sudah berpusu-pusu BERIKTIKAF di gedung beli belah. Jemaah tarawih semakin susut. Memang betul budaya positif orang kita ramai berjemaah tarawih, tetapi macam kekatu mencari cahaya pada musim hujan, mereka juga beribadah bermusim

Anak-anak muda Arab menjadi suasana lumrah mereka bertadarus Al Quran. Pernah seorang rakan yang berumrah pada bulan Ramadhan memberitahu, ketika di Madinah anak-anak muda Arab ini juga sempat bertadarus di dalam kedai sesama mereka. Anak-anak muda kita? Main mercun ye!. Orang dewasa Melayu ini bertadarus juga, malah ada majlis khas khatam AlQuran, cumanya selepas Ramadhan, ramai yang baca AlQuran malam Jumaat sahaja.


Sampai bila budaya songsang ini akan kita warisi ? Jika anak-anak muda masih sama mindanya dengan orang tuanya, boleh berubahkan budaya ini? Memang sukar untuk berubah yang bukan sahaja kerana faktor wang ringgit , tetapi lebih sukar apabila tidak di terapkan nilai hakiki Ramadhan ini. Tugas siapa pula ?

Di mulut sahaja mudah melafazkan cinta Ramadhan, tetapi umpama monyet mendapat bunga yang sangat cantik dan harum, bunga itu di carik-cariknya, sedangkan Ramadhan lebih indah dan lebih harum dari bunga itu!!

Aduhai duat, khasnya Melayu, tugas berat sedang menunggu dan semoga tidak pula tergolong seperti pengamal budaya songsang itu!
Bukan mencari silap, tetapi kesilapan itu mesti di betulkan.


Tapi kelakar kan, senang untuk kita nasihatkan orang bila ditimpa ujian itu ini, sekali terkena batang hidung sendiri, baru terasa pahit maung bergelar seoarang pejuang di bumi ini.

Salam 10 akhir ramadhan....selamat mengejar lailatul qadar....

Sama2 la kita terus peringatkan di antara kita semua moga lebih lagi yang kita dapat.



.........................

banner